Barakallahu fik Ya Rabb,
Indah sungguh khalakMu,
Yang Engkau anugerahkan kepadaku,
Aku senantiasa dirantai digelangi rindu,
Pabila berjauhan dengan mereka,
Kerana mereka,
Berupaya menGEGARkan duniaku,
Yang hening dan hambar selalu,
Dan mereka jualah,
Yang membuatkan aku jatuh cinta berulang kali,
Dengan setiap pelukan yang mereka berikan,
Setiap senyuman yang mereka sedekahkan,
Setiap lagu rindu yang mereka nyanyikan,
Sedatif semuanya,
Yang boleh meredakan gelora dihatiku,
Adalah janjiku,
Untuk tidak mengguris hati mereka,
Dan,
Adalah pekerjaan hatiku,
Untuk menyayangi mereka,
Duniawi dan ukhrawi
Jutaan terima kasih Shaz ucapkan kerana sudi menerima Shaz dalam hidup kalian, begitu juga bagi sesiapa di luar sana yang pernah menjadi sahabat Shaz...berjalanlah bersama - sama Shaz, menempuh hidup yang fana ini..untuk mendapat keredhaanNya dan bersama - sama kite CONQUER the world dengan perangai GILER kite sekor sekor =P
So ladies..tell me NOW and I won't ask again...
WILL YOU STILL LOVE ME TOMORROW?
PS ~ Saya sayang awak semua...
Adda buchuk...ceq dah post something naa..jangan nak kutuk kutuk ceq laie... =P
No comments:
Post a Comment